Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan di talian 07-8862724 / 2748.
Bagi permohonan kebenaran khas, sila emelkan kepada:
hafizah@mppengerang.gov.my
PERHATIAN KEPADA SEMUA KONTRAKTOR
Merujuk surat edaran bertarikh 12 April 2021 dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, semua kontraktor wajib mempunyai Sijil Kontraktor Johor (SKJ) bersama caj pendaftaran daripada Johor Centre For Construction Development (JCCD).
Syarat ini adalah wajib bagi melayakkan anda untuk membeli sebut harga/tender kerja melalui sistem eKontrak Majlis Perbandaran Pengerang.
PEMAKLUMAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TCC)
Dimaklumkan bahawa Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) akan digunakan sebagai syarat WAJIB perolehan Kerajaan Negeri Johor seperti berikut:
Bagi perolehan bernilai tender, TCC hendaklah dikemukakan mengikut kaedah perolehan yang ditetapkan (Tender Terbuka, Rundingan Terus, PP/PK dan Lantikan Terus).
Tarikh kuat kuasa: 01 Januari 2026
Pihak syarikat dinasihatkan untuk memastikan pematuhan cukai dengan LHDNM bagi melancarkan urusan perolehan.