Pendaftaran Syarikat Baru
1. Soalan : Bagi Kontraktor / Pembekal / Perunding belum pernah mendaftar dengan MPP. Bagaimana untuk MENDAFTAR KALI PERTAMA?
1. Jawapan : Bagi kontraktor, pembekal atau perunding yang ingin memasuki tawaran sebutharga dan tender Majlis Perbandaran Pengerang perlu mendaftar sebagai kontraktor MPP melalui Sistem Ekontrak MPP.
Cara-cara : 1. Klik pautan/link DAFTAR PENGGUNA BARU.
2. Masukkan No SSM dan Emel Syarikat (Sila pastikan kedua-dua maklumat ini ada betul dan tepat).
3. Klik butang Daftar.
4. Kata Pengguna dan Kata Laluan akan dihantar melalui emel yang anda daftarkan.
5. Log Masuk menggunakan Kata Pengguna dan Kata Laluan tersebut dan daftarkan maklumat syarikat anda seteleh log masuk.
Pengemaskinian Pendaftaran
1. Soalan : Kontraktor / Pembekal / Perunding pernah mendaftar dengan MPP untuk membeli sebutharga. Bagaimana untuk mengemaskini pendaftaran?
1. Jawapan : Kontraktor / pembekal yang telah berdaftar MPP hendaklah mengemaskini data-data berkaitan dengan maklumat Syarikat dan Lesen melalui sistem Ekontrak MPP.
Terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan
1. Soalan : Bagaimana sekirang terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan?
1. Jawapan : Kontraktor / Pembekal / Perunding boleh klik pautan Lupa Kata Laluan atau menghubungi Bahagian KUB MPP bagi tujuan ini.
|